Sunday, July 17, 2011

PERGI TAK AKAN KEMBALI LAGI :(

Assalamualaikum & Hi ^^

Bismillah Hirahman Nirrahim :)

AL FATIHAH UNTUK ARWAH ABAH 


Malam malam yang sendu nie ,tiba tiba teringat dekat Arwah Abah.Sesiapa yang pernah terbaca blog yang kudus nie pasti korang tahu entry yang aku pernah mention pasal arwah abah aku nie.Kiranya dah tiga tahun arwah abah pergi meninggal kan kami adik beradik :) I miss my abah so much :) Seriously,memang aku rindu dekat dia.Kalau korang terbaca lagi korang pasti tahu yang mak abah aku berpisah time aku umur 4 tahun kan tapi past is past.Ada hikmah disebaliknya :) I miss my abah so much lah .

Rindu dekat arwah abah .Rindu dengan sifat penyabar dia.Rindu dekat dia time dia bila dia selalu tuck kan aku waktu aku kecik kecik dulu :) Rindunya .Andai dapat diputarkan  waktu kembali pasti aku akan spend time dengan Arwah abah selalu .Tapi itu musthail.Yang mati tetap Mati.Itu lah penjanjian diantara hamba dengan Maha Penciptanya.

Love .memory us together :)


  • Kalau atin datang umah abah .Abah selalu temankan& ajak borak borak sampai atin tertidur .
  • Abah selalu masak untuk Atin .Abah memang pandai masak :) teringat nasi goreng & masakan ikan sardin :)
  • Abah lemah lembut orangnya .Jarang nampak arwah abah marah.Kalau dia marah pun sebab kitaorang tak solat,tak tutup aurat.Pernah dia bebel dalam telefon ,dia tanya dah solat ke belum dengan selambanya aku menjawab "belum lagi abah"apa lagi berdesing telinga kena dengar bebelan arwah abah.
  • Abah sangat baik orangnya.Tak pernah sesekali dia menyusahkan orang walaupun orang selalu menyusahkan dia.Walaupun orang buat jahat kan dia sekali pun pasti bersabar.Itu lah sifat abah.
  • Abah paling marah kalau kitaorang cakap keburukan orang lain.Dia memang tak suka.Silap hari bulan kitaorang kena marah balik.Itu lah Abah :)
  • Aku selalu ingat time dia cakap macam nie "Adik,abah sayang dekat adik .Adik seorang sahaja Abah tak sempat nak besarkan.Abah minta maaf.Touching siot bila aku dengar macam tue.Tapi aku percaya ada hikmah disebaliknya .

Time Arwah Sakit 

  • Abah memang dah lama sakit .Tapi bila quality time yang aku memang spend untuk arwah selama 3 hari,abah tak pernah tunjuk sakit.
  • Aku memang tak tahu abah sakit sebab arwah abah tak pernah mention *Tak nak bagi aku sedih* Tapi bila aku dapat tahu abah selalu keluar masuk hospital.* masa tue abah tak nak beritahu,kalau ditanya,abah lebih senang jawab macam nie" biasalah abah fofular ,jadi bahan ujian kaji untuk student student medical"*
  • Bila Abah masuk ICU ,memang perit.Sedihnya tengok arwah dengan wayar wayar kat seluruh badan.Sedih tengok arwah time tue hanya tuhan sahaja yang tahu.Masa tue abah separa koma.Setiap hari jumaat lepas habis kuliah ,kitaorang pasti balik Muar,jenguk ,lihat & jaga Arwah Abah.
  • Time paling aku touching,bila arwah abah mention nama aku.itu pun dia bangun lepas separa koma."Eh,Adikkkkkkkkkkkkk,meh dekat abah.Rindunya dekat adik.Adik sihat???masa itu air mata laju macam LRT.Touching giler *aku tengah touching bila ingat balik*
Waktu Raya

  • Aku memang totally loser person.Entah macam mana terkena food poisoning time raya.Masa tue memang dah kaku.Kak long ajak balik muar nak beraya dengan Arwah abah.Balik balik muar tak boleh bergerak.Abah tanya kenapa ??Kena food poisoning.Abah dengan sakit sakit macam tue * lepas keluar hospital*cari air kelapa untuk aku.Terharunya masa tue.Dengan sakit sakit,dia kopek air tue untuk bagi aku minum.Alhamdulialh,aku sihat lepas itu.
  • Tiba tiba ,abah ajak tidur sama.Dia cakap rindu dekat kitaorang.Malam tue dia peluk atin dengan kak long kuat kuat."Cakap dekat kitaorang,betapa dia sayang dekat kami berempat.Dia peluk,cium sekuat~sekuatnya *tapi itu lah petanda dia nak pergi *
  • Ingat lagi abah pesan "jadi anak yang baik,Sayang emak dengan Ayah.Jaga mereka berdua."Jangan lawan cakap Emak Dan Ayah" Ingat Jasa Mereka berdua",Sayang dekat mira,anggap dia sebahagian daripada korang semua(aku memang sayang dekat budak bacin nie sangat sangat) ,Jangan Lupa solat sebab solat tiang agama,Tutup aurat *masa aku remaja perkara ini aku tak dapat nak ikut sangat nak nak tang aurat tue *
Bila ingat balik semua itu rindunya dekat arwah abah :)


Bila arwah pergi,Touching nya.
Sebab dah tak boleh nak raya sama.
Tak boleh nak minta maaf  andai terkasar bahasa.
Tiada lagi panggil telefon dari arwah abah tanya tentang keadaan anak anak dia :( 
Spend time  sama abah sudah tiada lagi.
Tiada lagi senyuman dari arwah abah.
Yang paling aku touching sekali bila tiada lagi dapat lepak dengan arwah abah waktu dulu~dulu  :(


Time touching

1)Bila orang kampung,ayah,adik beradik bawa jenazah abah
2) Masa abah masuk liang lahad
3)  Bila dengar orang bacakan Talqim .
4) Bila orang kampung kabus jenazah abah.
5) Bila arwah abah tiada disisi :)


Lepas arwah Abah meninggal.Hati tergerak nak pakai tudung sepenuhnya.Alhamdulilah dah tiga tahun pakai tudung betul betul kalau tak Nan Hadoooo! Semoga Arwah Abah tenang di Alam sana :) Al~fatihah :)

*EMAK DENGAN AYAH =SAYANG KAMU BERDUA :) 

SAYA ADA IBU BAPA TERBAIK DALAM DUNIA :)
THANKS ALLAH, I HAVE A GREAT PARENTS EVER :)
HANYA ALLAH DAPAT BALAS JASA KAMU BERDUA :)


THE POINT IS,AKU TULIS ENTRY NIE DIMALAM MALAM HARI
SEBABNYA SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI.
BILA AJAL MEMANGGIL HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.


SEHEBAT HEBAT KITA JUA PASTI AKAN MATI KELAK & MENEMUI PENCIPTANYA


HANYA 3 BEKALAN YANG AKAN DIBAWA

AMALAN
SEDEKAH
DOA ANAK YANG SOLEH &SOLEHA


P/S: AKU TERINGATKAN ARWAH ABAH. (SEBAB TUE AKU TULIS ENTRY NIE)

( NAK CARI CALON  LAKI MASA DEPAN YANG ADA SIFAT ARWAH ABAH SIKIT DAN AYAH SIKIT)
(ARWAH ABAH:PENYABAR & LEMAH LEMBUT&AYAH: TEGAS & BAIK HATI)
MUHAHAHAHAHA :D

*Touching nya bila dengar lagu nie*
tiba tiba teringat Arwah abah
"Semoga Arwah abah tenang disana"
AL~FATIHAH :)

*sesungguh aku tengah touching,bila dah touching air mata laju macam LRT*

No comments:

Post a Comment