Wednesday, July 6, 2011

Bayi itu tidak berdosa.Siapa yang mengajar dan diajar??

 Assalamualaikum & Hello peeps :)

Entry tak berapa nak ringkas :) Hope you guys sudi baca :)

  • Siapa ajar ada pakwe/girlfriend?
  • Siapa ajar Untuk Couple?
  • Siapa ajar untuk pegang pegang dan dating dengan pakwe?
  • siapa ajar bila buat seks Luar Nikah?
  • siapa ajar Preggy/mengandung nie??
  • Yang Paling teruk siapa ajar Buang bayi ?
Siapa ajar dan mengajar??? kalau korang tengok dak dak zaman sekaran nie memang dok galak bercinta cintun .Cinta tak salah kan.Sebabnya perasaan cinta memang wujud diantara makhluk makhluk di alam ini.Tapi yang salahnya bila cinta itu berlandaskan nafsu jadi timbulah masalah masalah macam diatas nie. Cuba korang fikirkan ada tak sesiapa yang mengajar kita buat benda benda macam nie??Mana ada Emak  dan ayah ajar benda benda macam ini kan.Jawapan nya ada pada diri sendiri kan!Kalau ada cakap emak dan ayah ajar.Sila lah buat revision,reseacrh dan study sendiri.


Cuba korang letakkan situasi korang dekat orang yang pregnant luar nikah kes boyfriend yang dayus tak nak bertanggungjawab *imagine sekejap*

  • Bila dah tahu pregnant anak luar nikah,bagai dunia dah gelap!Macam mana nak kasi tahu dekat mak bapak nie??Ada bf macam haram.Nafikan sekeras~kerasnya yang tue bukan anak dia.Mana tempat bergantung.
  • Takut ayah & emak kena serangan Jantung /stroke & paling teruk mati terus bila tahu anak dia pregnant anak luar nikah sebabnya dah bagi didikan agama secukupnya!
  • Mesti kes kena buang dari keluarga.Mak pasti maki cukup cukup tak pun kena sepak terajang cukup cukup. Adik beradik jangan cakap dah tak mengaku keluarga.
  • Mak and ayah benci dah dan tak mengaku Anak~~~>Sob sob sedih bukan :|
  • Macam mana nak sorok perut nie yang semakin hari semakin membuyut dan yang tak bestnya perubahan fizikal plus muntah muntah mesti orang syak :|
  • macam mana  kalau sekolah  dapat tahu??mesti kena buang.Kawan kawan jangan cakap "mesti dicopkan sebagai perempuan jalang!
  • takde duit,takde tempat untuk bergantung,tak tahu nak bersalin macam mana.Mesti dipandang hina oleh health care :|
  • Tiada moral support dari keluarga sebab dah kena buang :|
  • Macam mana nak besar baby,sape mahu tolong jaga :|
  • Malu sepanjang zaman.Neraka...uishhh,sudah tentu :|
Bila dah fikiran negatif membuak buak dalam benak fikiran.Mula lah hilang pertimbangan dan terasa diri such a loser person ever & totally alone dan paling tak boleh belah malu  dan takut dengan pandangan/persepi masyarakat menyebabkan  kes pembuangan bayi semakin bercambah cambah.Nak nak benda nie selalu terjadi dikalangan remaja sekolah,student Ipta/Ipts.Cara penyelesaian yang totally dan singkat adalah membuang bayi .Alasan:Jalan mudah,takut dan lari dari masalah.

Semua makhluk dimuka bumi ini sentiasa membuat kesilapan dan tidak lari dari masalah.Tapi kenapa bayi yang tidak berdosa seringkali dijadikan mangsa keadaan dan yang paling sadis kenapa perlu buang,flush dalam toilet jamban,campak dari tingkat atas,balut dengan paper dan yang paling kejam sekejamnya kenapa perlu bakar bayi tersebut??~~> Iye pon kalau tak nak bayi tersebut,letak ke dekat masjid ke,dekat sekolah ke,dekat depan umah anak yatim :(  jangan ikutkan nafsu sampai takde hati dan perasaan langsung :(

Bila dah jadi kes pembuangan bayi yang bercambah cambah nie maka tertubuhlah Batch Hatch yang pertama dekat malaysia .Tujuan dia memberi perlindungan kepada bayi bayi yang tidak diingini. Penubuhan jugak disokong oleh tokoh tokoh agama antaranya :-

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.


“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.



 tapi ada jugak yang tidak menyokong dengan penubuhan orphan care nie.Mereka berpendapat dengan tertubuhnya pusat Orphan care ini pasti seks bebas bercambah cambah.Pastu bila dah best best main and then terpreggy pastu terberanak ,letak saja dekat orphan care nanti adalah orang jaga baby.Lepas tue bolelah main main puas puas and then jadi lagi.


Tapi bagi aku memang bagus jugak dengan penubuhan orphan care/baby hatch.At least takde orang nak buang bayi sana sini,campak sesuka hati macam bangkai.Fokus baby hatch nie adalah satu untuk menyelamatkan bayi bayi yang tidak berdosa.Kebanyakkan bayi dibuang masih hidup bernyawa dan disumbatkan dalam beg plastik untuk dibuang bagai sampah  tak pun campak dari tingkat atas*Kejamnya*
Baby Hatch dapat menyelamatkan nyawa nyawa yang tak bersalah supaya mereka dapat teruskan hidup dan dijaga sehingga besar sebelum diberikan keluarga angkat.


ce korang pikir pasangan pasangan yang berpuluh puluh tahun berkahwin tapi takde rezeki nak dapat anak.Kiranya dengan tertubuhnya baby hatch dapat baby baby yang suci itu dijaga oleh keluarga angkat.Natijahnya,mengurangkan kadar pembuangan bayi dekat Mesia ini.



Baby hatch :)
tempat perlindungan untuk bayi bayi yang suci murni :)

Masih ingat talian ini??
talian yang dikhususkan especially remaja yang bermasalah  dan buntu dengan masalah
talian ini khas untuk membantu :)


Sekolah Harapan.Ingat lagi tak??
Menjadi perdebatan hangat a back years ago.
ditubuhkan pada remaja remaja yang terberanak
dan focus untuk menyelamatkan bayi dan ibu :)
walaupun menjadi topic yang hangat dan ditentang oleh beberapa pihak
tapi tetap ditubuhkan :)

Penyelesaian  lain :-


Denda/sebat dan penjara


Sebat/denda/Penjara.Tiga tiga sudah cukup kot plus plus bak sebat sebat tue kita tambah 150 kali nak nak pada laki laki yang dayus & tak bertanggunjawab. Mungkin cara nie dapat elak kan kes pembuangan bayi. Tapi payah jugak nak kesan nie.


DNA Human perhaps??


Kes ini agak berat kot.Hoi!bukan senang nak jumpa DNA MANUSIA.ini bukan ceita CSI.Bunuh Bunuh je terus jumpa.Dna manusia ini ambik beberapa tahun kot nak siasat.Nak nak kes ini  mesti tertangguh,ambik masa dalam 5 tahun kot.


Sila jangan Buat seks Bebas


Yang  ini tak tahu nak cakap.susah nak melarang manusia nie.Sumtime hukum Allah pun dilanggar ini kan pulak hukum manusia.Lagi lah susah nak control.Perhaps kita galakkan kaum  adam/hawa pakai cawat besi untuk elakkan buat seks bebas.Mustahil kan!


Pendidikan seks


Sudah asasnya pada masyarakat Asia .Seks is a taboo story lor.lagi pon mak mak marah kalau cakap pasal seks.Hoi!nanti kata kita mengatal.Susah jugak nak explain tentang pendidikan seks nie.Aku masih ingat lah kan masa baru nakmasuk sekolah menegah.Cikgu pon macam malu malu je nak mengajar bab bab pendidikan seks ini.Belum lagi dia explain itu ini.Kesudahanya semuanya melopong .The point is kita kena buat betul betul & ajar agar budak budak paham apa itu Seks!tapi susah jugak sebabnya budak budak sekarang semakin advance.Dalam atas bawah semuanya dah tahu.Jadi???


Motivation.


Motivate people sound easy kan .tapi pokok pangkalnya DIRI SENDIRI jugak yang tentukan arah hidup.Tapi kadang kadang benda ini susah jugak sebab sumtime parents dah bagi ilmu secukupnya tapi bila dah terpengaruh dengan sosial sana sini tak mustahil akan terjebak kan??


Kondom free


Erm..Parah jugak nak nak bercambah cambah orang buat seks sebabnya dapat kondom free nak nak budak sekolah!tak de hal buat seks bebas,ada orang kasi free ini kondom .


Kasikan a.k.a vasetomy je bagi laki laki yang  tak bertanggunjawab


Dont blame women okey.Men should blame tue.Dah main main pastu tak nak bertanggungjawab kesudahanya termengandung.Tak nak mengaku and then suruh buang atau gugur.Senang ceita dah dapat tangkap laki dayus macam tue buat vasetomy .Plus dapat mengurangkan pembuangan bayi.




Pokok Pangkalnya,diri sendiri Perlu kuat kan!Tempis benda benda negatif macam nieKuat diri dengan agamadan berpegang teguh ajaran Rasul .Insya Allah pasti selamat.Statistic pembuangan bayi pon makin tinggi nak nak dikalangan orang melayu kita sendiri.Masya Allah .Tak Tahu kenapa ??maybe terikut dengan hawa nafsu sampai lupa agama dan syaitan durjana menghasut.Tapi walau apa pon alasanya,bila dah terlanjur jangan kejam sangat sampai buang bayi merata rata,campak dalam sungai macam bangkai.Sedangkan binatang pon sayangkan anaknya.


"Sesungguhnya membuang bayi adalah sesuatu yang hina dan lebih hina jika bayi yang bernyawa dipaksa untuk mati dengan membuat perkara yang kejam dan sesungguhnya perkara tersebut termasuk dalam dosa dosa yang besar"


* peringatan untuk kaum adam: Jika kamu mencintai seseorang wanita,jaga batas batas pergaulan dan sebaik baik lelaki adalah lelaki yang menjaga maruah dam martabat sesorang wanita*


* Cinta itu tidak berdosa tapi apa yang berdosa apabila cinta dikuasai nafsu.Bercinta tidak salah tapi alangkah indahnya cinta itu apabila diakhiri dengan ikatan murni yang sah disisi agama*
 
(* ayat sendiri sendiri yang aku cipta .Ghassak :D )


* Tiba tiba dah jadi  macam berilmiah sikit.Muahahahaha :D entry dari aku yang tak bertauliah ini" andai terkasar penulisan ,maaf :)


Apa lah dosa dosa bayi nie.
Sampai dibuat sedemikian rupa! Kejam dan sadis.
Ya Allah campak secebis Hidayah Pada Hamba Hamba mu yang lemah ini
terutamanya bagi insan yang telah membuat kesilapan seperti ini.
Amin.




Teringat Pratikal kat ospital Gomen dulu dulu,ingat suatu kes nie.Ada budak perempuan selamat bersalin bayi perempuan.Tapi baby tue bukan kat dia .Kiranya baby tue kena angkut dengan jabatan kebajikan .Beside that budak perempuan tue memang tak nak baby tersebut.Kiranya baby tue di ambil untuk jadi anak angkat.Aku salute dengan dia sebab  melahirkan dan yang penting tak buang baby tue.

MEKACEH BACA

XOXO,
ATIN

No comments:

Post a Comment