Monday, June 6, 2011

40 Kelebihan Dan Faedah berselawat ke atas Baginda Rasulullah :)

Assalamualaikum & Hi :)

I hope you guys in a good day :)
May Allah bless you all  :)
Insya Allah  :)

Syukur kepada Allah kerana memberi rahmat untuk hidup & berkesempatan menulis blog :)
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w :)

I just wanna share :) sharing is caring rite:)
Hari ini nak sharing about kelebihan berselawat k eatas baginda Rasulullah s.a.w :)
Actually banyak kelebihan yang korang boleh dapat ketika berselawat keatas Nabi muhammad s.a.w
salah satunya mendapat kemuliaan & keistiweaan Allah subhanahu wa ta'ala :)
Insya Allah :)

Antara kelebihan yang boleh kita dapat  ketika berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

1)Menjunjung Perintah Allah subhanahu wa ta' ala.
2)Perkara yang sama2 dibuat oleh Allah subhanahu wa ta'ala kerana Allah juga berselawat ke atas
Nabi walaupun maknanya berlainan~ Allah pun turut berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w
apatah lagi manusia seperti kita!

3)Perkara yang sama juga turut dibuat oleh para malaikat juga berselawat ke Nabi walaupun maknanya berlainan.
4)Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah subhanahu wa ta'ala setiap kali berselawat.
5) Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6) Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7) Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikan doa ke langit.
8) Dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
9) Mendapat syafa'at Nabi.
10) Mengampunkan dosa.
11) Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.
12) Membolehkan dekat dengan Nabi pada hari kiamat.
13) Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup.
14) Ditunaikan segala hajat.
15) Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allah S.W.T
16) Membersihakan hati dan mensucikannya.
17) Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.
18) Terlepas daripada huru hara Hari Kiamat.

19) Mendapat doa dan salam Nabi.
20)Mengingati perkara yang lupa.
21) Mengahrumkan majlis dan tidak ada penyelesalan dalam majlis itu.
22) menghilangkan kemisikinan.
23) Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil.
24) Terlepas dari hinaan nabi "Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak
berselawat.

25) menyenangkan jalan~jalan masuk ke syurga.
26) Menjauhkan majlis daripada busuk.
27) Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah S.W.T
28) Mendapat Nur Ketika lalu di Titian (sirat)
29) Menjadikan kita tidak bersifat Kasar~insya Allah :)
30) Mendapat Pujian Allah S.W.T di sisi para malaikat.
31) Diberkatkan umur dan  semua perkerjaan yang kita lakukan.
32)Mendapat rahmat daripada Allah S.W.T dan sentiasa dikashi Allah S.W.T.
33) Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah.
34) Allah S.W.T & Rasulnya bertambah kasih kepada kita
35) Mendapat petunjuk & hati menjadi hidup.
36) Nama orang yang berselawat disebut~sebut di sisi Nabi Muhammad S.A.W
37) Menetapkan Kaki di titian ( Sirtulmustaqim)
38) Menunaikan sedikit hak Nabi dan bersyukur kepada Allah S.W.T
39)Termasuk daripada Zikrullah mengingati Allah S.W.T dan Rasulnya.
40) Mendapat Kemulian & keistimewaan Allah S.W.T


Sharing is Caring :)
Marilah kita bersama~sama Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W :)
Mudah~mudahan mendapat syafaat daripadanya :)
Insya Allah :)

Dari : Kitab Jilaul Afham
Susunan : Ibnu Qoyyim Al Jauziah.

Atin pun gonjeng jugak Sumtime  terleka/terlupa nak berselawat..huhuhu :)
Harap~harap apa yang atin share ini dapat manfaat bersama :)
Jazakumullah sahabat :)

P/S : Pernah terdengar ceramah tentang pergorbanan Nabi Muhammad S.A.W
Antaranya,Ketika Rasul menemui ajalnya,hanya satu sahaja dalam Fikiranya iaitu UmatNya.

Orang pertama Yang akan dibangkitkan selepas Kiamat ialah Nabi Muhammad S.A.W.Semasa kebangkitannya,Nabi Muhammad berusaha Mencari Umatnya dan bertanya Malaikat Jibril Di mana Umatnya pada ketika itu dan bermohon umatnya terselamat~Masya Allah bertapa Kasihnya Nabi Muhammad S.A.W kepada Umatnya.

Nabi Muhammad S.A.W  paling berdebar~debar ketika umatnya melalui Titian Siratulmustaqim dan berharap bahawa umatnya terselamat melalui titian tersebut.

Sentiasa berdoa Kepada Allah S.W.T supaya Allah S.W.T mengashini & memberi rahmat kepada
Umatnya Selalu.

Masya Allah,betapa Nabi Muhammad S.A.W begitu menyayangi Umatnya sehingga Ke akhirnya.
Mari kita Berselawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta memperingati jasa & pengorbanan Baginda.


Cahaya Selawat :)

Tholama Asyku Gharomi :)
First time dengar lagu nie memang terbaeeeK :)
Selalu dengar lagu nie dalam kereta Kak long :)
Memang terbaeeeK kalau nak layan :)

Allahuma solli Ala Muhammad :)

Sholawat Muhammad S.A.W
Lagu ini Best :)
Best untuk didengar & Layan :)

 Salam & Peace :)
Mekaceh kerana baca :)
May Allah bless you All :)



No comments:

Post a Comment